Social Icons

Wednesday, 15 January 2014

Gagal Turunkan Berat Badan??

7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan





Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.

Kenapa lar boleh jadi camtu?

Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!

Beratku cuma turun 3 kilo je?

Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer

1. Elak waktu makan




Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

 Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal   seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam



Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.


3. Enggan menyentuh kalori





Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.


4. Hanya makan buah dan sayur




 Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. salad mayonis





Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...

6. Tak minum susu langsung






Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?


7. Penurunan berat badan yang mendadak

Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.






No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my