Social Icons

Sunday, 23 February 2014

JOM SOLAT DHUHA

Assalamualaikum

Entry kali ini lina nak share mengenai SOLAT DHUHA....




Kenapa ia dinamakan solat Dhuha??

Ia dinamakan solat dhuha kerana solat ini dikerjakan pada waktu dhahwah iaitu waktu matahari sudah naik tinggi.

Apakah hukum solat sunat Dhuha???

Hukumnya sunat muakkad iaitu sangat dituntut mengerjakannya


Marilah kita ringan ringankan diri buat solat dhuha ni okay :) Benda lain kita boleh menghadap lama berjam jam...spend waktu dengan Allah sekejap dua rakaat pun tak mau ke :( sekejap je tak lama pun kan...in shaa Allah...sama-sama meperingati ok :)

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.







b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)





c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha  (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)

 
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

 ” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”









Sunday, 16 February 2014

HIDUP ADALAH BELAJAR

Hidup adalah belajar

belajar bersyukur meski tak cukup,

belajar ikhlas meski tak rela,

belajar taat meski berat,

belajar memahami meski tak sehati,

belajar bersabar meski terbebani,

belajar setia meski tergoda,

belajar dan terus belajar dengan keyakinan setegar karang,

tapi sudah menjadi kodrat, hati seperti air laut bergelombang,

kadang pasang kadang surut, terkadang pula sering terbawa arus,

maka dari itulah kita harus belajar untuk tetap berada di jalan yang BENAR,

belajar menjadi LEBIH BAIK

JOM DOWNLOAD NIH...BAGAIMANA BELIAU BELAJAR UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK...

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/amnalis







Monday, 10 February 2014

MOTIVASI DIRI


SET KECANTIKAN ASAS SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni lina nak share mengenai set kecantikan shaklee, 

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk ibu-ibu yang sentiasa ingin cantik, vouge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.


SET KECANTIKAN ASAS - VITAMIN C , VITAMIN E , B COMPLEX



APAKAH FUNGSI SETIAP VITAMIN INI..JOM KITA TENGOK




Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel



Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit



Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat


Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan



  • Menjadikan wajah lebih berseri\

Tengok saja testimoni ni..mereka sangat berpuas hati.









MEALSHAKE SHAKLEE

Mealshake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal" merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee yang 1001 terutama memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya 

 selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.



7 SEBAB KENAPA ANDA PATUT CUBA MEAL SHAKES SHAKLEE


  • Nutrisi lengkap dengan 24 jenis Vitamin & Mineral
  • Kaya dengan Protein yang membantu menyihatkan sel-sel dan membekalkan nutrisi kepada sel tubuh 
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, Selenium sebagai antioksidan 
  • Mengandungi Vitamin B yang lengkap, Zat Besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat dan sekaligus menghasilkan kulit yang lebih cantik 
  • Mengandungi Asid Folik, Biotin, Kalsium dan Magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar 
  • Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemah berlebihan daripada perut dan usus 
  • Minuman multivitamin perasa vanilla yang lazat, tanpa sebarang pewarna dan gula tiruan.
  
KEBAIKAN MEALSHAKE SHAKLEE

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal  
  • Menambah selera makan anak 
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit  
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa  
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak  
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak 
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat  
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung  
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti  
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama  
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein






Wednesday, 5 February 2014

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT

Ramai yang keliru apa yang membezakan ubat dgn supplemen. .

Contohnya supplements utk diet...ramai yang tanya..kenapa dh sebulan saya amek tapi berat saya turun 2 kg je??  Haa..meh sini nak habaq...suppliment shaklee adalah berbeza dgn ubat diet diluar sana ye...sbb kita kena faham konsep ye...kita panggil suplemen..suplemn ni kita panggil splemen diet..dhasilkan adalah utk bertindakbalas dgn sistem badan tanpa mberi kesan yg buruk pada jgka masa panjang..sbb tu knpa nak kurus kita sggest alfafa lecithin sbb splemen bg kesan yg bermacam pada tbh bdn manusia cth dgn alfafa boleh buang toksin..dgn alfafa splemen jgk mampu merawat keputihan selain itu ia juga mngawal kolestrol..ini mnujkkn pbzaan suplemen dgn ubt kurus dluar..inila keistimewaannya..suplemen menhasilkan pelbagai tindakbalas yg positif pada tbh bdn manusia..sbb tu dgn splemen shaklee kita sgt syaratkan mereka mnum air 3 liter sehari..

JOM KITA HURAIKAN LEBIH DETAIL LAGI MENGENAI ISU INI

Ubat

Kebanyakan ubat adalah dari jenis2 dadah (drug) yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Contohnya paracetamol adalah untuk menurunkan suhu badan. Ubat kita ambil bila kita sakit SAHAJA. Kalau kita ambil ubat semasa tak sakit, itu namanya cari penyakit. Penyalahgunaan ubatan ini boleh membawa kemudaratan, contohnya ubat batuk boleh menghasilkan kesan khayal.

Ubat BUKAN vitamin. Ubat adalah untuk RAWATAN, bukan pencegahan. Tidak boleh samakan ubat dengan vitamin, kerana dalam makanan harian kita seperti buah oren mengandungi vitamin C tapi tak ada paracetamol di dalamnya.

Supplement/Vitamin

Vitamin yang terdapat dalam makanan kini boleh didapati dalam bentuk pil, serbuk dan cecair. Vitamin bertindak secara lembut dalam tubuh badan kita dan membentuk satu sistem imun yang kuat bagi melawan serangan penyakit. Ianya lambat bertindak berbanding ubat kerana bertindak secara perlahan-lahan namun menjanjikan kesihatan jangka panjang sedangkan ubat cepat meredakan sakit namun hanya untuk jangka pendek.SUPPLEMENT BUKANLAH PENYEMBUH TETAPI IA MEMBANTU MENINGKATKAN KETAHANAN BADAN (IMUNE SYSTEM) BERBANDING PENGAMBILAN UBAT YANG PADA PANGHUJUNGNYA AKAN MENGAKIBATKAN BADAN KITA SEMAKIN LEMAH MELAWAN PENYAKIT.

Jadi, saya berpendapat, apabila sakit kita harus berjumpa doktor, ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor. Dalam masa yang sama, ambil supplement untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Lagi lama kita sakit, lagi banyak drugs/ubat yang masuk ke dalam badan. Cepat-cepat sembuh supaya kita terselamat daripada ubat yang bertindak ganas dalam badan kita. Kemudian, teruskan dengan supplement bagi membuang racun kesan dari ubat-ubatan itu. Nikmati gayahidup sihat hanya dengan bahan-bahan semulajadi.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SUPPLEMENT

Supplement atau vitamin bermula dengan pembuatan vitamin secara sintetik, kemudian vitamin natural (vitamin semulajadi) menyusul, diikuti dengan pemakanan asli dari sumber2 organik dan sebagainya. Sejak berdekad lalu, kepentingan vitamin telah mula menembusi pengetahan masyarakat dunia. Umum mengetahui kekurangan vitamin boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi terutama kepada wanita hamil.

Vitamin dan mineral adalah penting dalam mencetus dan melestarikan proses biokimia dalam tubuh kita bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.

Walau bagaimanapun, supplement bukan pengganti makanan, jadi pemakanan yang sihat dan seimbang tetap diutamakan walau sebagus manapun supplement yang kita ambil.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement:

Bila saya akan merasai kesannya?

Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.

Bila keadaan atau waktu yang sesuai untuk ambil supplement?

Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu. Umpama menjaga sebuah kereta, kita menjaganya dari mula agar tidak berlaku kerosakan yang menelan belanja besar dan menyusahkan kita. Begitu juga dengan supplement. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

Bolehkah saya kekal sihat dengan supplement sahaja?

Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.

Siapakah yang patut saya jumpa untuk dapatkan nasihat tentang supplement?

Berjumpalah dengan pengedar produk yang mahir tentang supplement, nutritionist, ahli farmasi, doktor atau yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang nutrisi (Ingat, bidang nutrisi dan medikal adalah sangat berbeza!). Jauhkan nasihat dari mereka yang tidak tahu apa-apa tentang supplement, atau penjual yang sekadar mahu untung menjual tanpa sebarang ilmu tentang supplement, atau mereka yang tidak pro-supplement.

Satu botol supplement ada beratus biji pil, adakah ia akan kekal elok?

Vitamin natural boleh bertahan selama lebih setahun selepas dibuka, atau apabila ia melepasi tarikh luput (yang mana tiba dahulu). Simpan vitamin di tempat sejuk dan gelap, seperti dalam laci atau almari kerana membiarkannya terdedah kepada udara, kepanasan dan cahaya matahari boleh merosakkannya.

Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.

Tiada Kesan Lepas Ambil Supplement?


Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Saturday, 1 February 2014

WEDDING SET SHAKLEE

SEMALAM TENGOK RAMAINYA ORANG KAHWIN..

TETIBA TERFIKIR...ELOK GAK KALAU ADA SET UNTUK BAKAL2 PENGANTIN NI KAN...

YELAH SIAPA TAK NAK TAMPIL CANTIK BERSERI DI HARI BAHAGIA..

KEPADA BAKAL PENGANTIN TU..HATI MESTI DAG DIG DUG KAN...

"OK DAH KE AKU NIH...CUKUP SEMPURNA KE UNTUK BAKAL SUAMI AKU"

AMBOIII BERDEBORNYE EKKK...GERUN GAK TUNGGU REAKSI SUAMI NANTI

ADA MASALAH KEPUTIHAN?? 
JERAWAT PLAK...TIME DAH NAK DEKAT NI BYK LA PULAK TIMBULNYA...ALMAKLUMLAA..BERANGAN TERLEBIH..HIHI
TAPAK KAKI..MASYAALLAH...TARI SELIMUT PUN BERBUNYI..ADOII

CAMANE NI!!!!....

AMBOII,,TERUK BUNYINYE KAN??

JOM KITA DAPTKAN SUPPLEMENT BERIKUT:-

ESP DAN VITAMIN C...KULIT CANTIK GEBU DAN MAK ANDAM PON TAK NGUTUK
ALFALFA DAN GLA...UNTUL KEPUTIHAN DAN PERIOD TAK TERATUR...SUPAYA LEBIH SELESA NANTI...







NI YANG BUAT ABANG MAKIN SAYANG SAMPAI TAK NAK LEPAS NIH...

Harga?.. Dh tntu berbaloi tak hingat!!!... 
Tak payah susah hati... Jom kita diskas dulu... Byk bnda boleh bwk berbincang!!

AKAK SEDIA UNTUK MEMBANTU.....


SET BERPANTANG/MENYUSU SHAKLEE

Kenapa perlu SET BERPANTANG SHAKLEE??




Keberkesanan Set Bersalin Shaklee memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Malah terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat : 


Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.
Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.

Manakala menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau 


http://drzubaidi.com/blog/set-bersalin-shaklee-kupasan-dari-aspek-perubatan/ 

pengambilan ESP dan Vitalea sangat membantu bagi tujuan pemulihan luka dalaman ibu lepas bersalin.






Kelebihan set berpantang shaklee

  • - badan ibu kembali cergas selepas bersalin
  • - luka-luka cepat sembuh
  • - vitamin yang tidak panas- sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan jamu
  • - sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan 
  • - kulit ibu lebih cantik lepas berpantang, kulit bayi juga gebuss
  • - elak sembelit, buang angin dalam badan- tidak mengganggu penyusuan susu ibu
  • - susu lebih lancar, banyak... (sekiranya ibu tidak mengabaikan konsep penyusuan susu ibu)
  • - mengurangkan keguguran rambut 
  • - mengembalikan berat badan ideal..turunkan berat badan
  • - hilangkan kebas2 urat, tangan kaki 
  • - mengawal emosi atau lebih jelas 'meroyan' sewaktu berpantang


Jom kita tengok satu2:-





Fungsi Dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik



Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. 

Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. 

Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.


VitaLea (Multivitamin)




Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. 

Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. 

Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


Vitamin C




Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. 

Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.

Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. 

Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. 

Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

Zink





Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan vitamin C dan Protein. 

Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. 

Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. 

Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. 

Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. 


ESP – Susu Soya Protein




ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. 

Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein

Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. 

Mencantikkan kulit. 

Memejalkan otot. 

Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


Ostematrix (Kalsium)




Ostematrix adalah kalsium.

Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. 

Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. 

Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. 

Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.

Omega guard




Omega Guard berfungsi mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang. Ia juga membantu mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan tekanan darah normal. 

Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


Alfalfa




Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 

Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. 

Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.


Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.




FREE CONSULTATION



 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my