Entry kali ini lina nak share mengenai SOLAT DHUHA....
Kenapa ia dinamakan solat Dhuha??
Ia dinamakan solat dhuha kerana solat ini dikerjakan pada waktu dhahwah iaitu waktu matahari sudah naik tinggi.
Apakah hukum solat sunat Dhuha???
Hukumnya sunat muakkad iaitu sangat dituntut mengerjakannya
Marilah kita ringan ringankan diri buat solat dhuha ni okay :) Benda lain kita boleh menghadap lama berjam jam...spend waktu dengan Allah sekejap dua rakaat pun tak mau ke :( sekejap je tak lama pun kan...in shaa Allah...sama-sama meperingati ok :)
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah
Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah
Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan
solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah,
sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing
persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih
sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap
ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan
melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu,
cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
No comments:
Post a Comment