Social Icons

Saturday, 24 May 2014

BEST GILERRRR!!!! OMG EMPIRE MFMS

Allahuakhbar. ...Allahuakhbar

Syukur alhamdulillah....saya antara yang terpilih utk menyertai program ni...

Sangat2 bermanfaat...

Day 1

1. Belajar utk senyum
2. Bisnes kene ade MENTOR yang betul
3. Amalan rohani spt dhuha, tahajjud dan taubat
4. Prinsip asas dalam perniagaa.
5. Apa matlamat kita buat bisnes
6. Transform hidup dari biasa2 ke luar biasa
7. Belajar dsri kesilapan
8. Bisnes kene ada strategi
9. FOKUS
10. Teknik 'jemput2'
11. Positioning & branding
12. Jangan malu utk bertanya
13. Jangan takut utk belajar
14. Cara promosi yang betul
15. Snowball effect
16. Always positive
17. 100% komitmen
18. Jaga hubungan dgn Allah
19. Never give up
20. Kuasai Minda - RCA
21. 101 impian
22. Vision board
23. Teknik menjual dgn betul
24. Resepi posting di FB
25. Features & benefits
26. Prioritize
27.  Guna, yakin dan percaya
28. Formula kejayaan-house of inspiration
29. teknik mudahnya menjual
30. pengurusan masa yang baik

Fuhhh....tgk pon pening kan...betapa banyaknya ilmu saya dpt dlm masa sehari...sampai nak termuntah derrr..amacam???





Day 2

1. penting blog dalam bisnes
2. FB marketing
3. social engagement
4. sharing dan sharing
5. teknik bisnes offline dengan mudah
6. tips2 utk offline bisnes
7. mirror & matching
8 S.E.X
9 how to handle customer
10. leadership skills
11. HOT seat

Secret Project Empayar MFMS 

Master Firdaus mendedahkan projek-projek rahsia yang sedang di dalam perancangan beliau. Sungguh kami betul-betul kagum dengan idea-idea beliau. Kami sendiri tidak menjangkakan yang beliau boleh terfikir ke tahap ini. 

Kami berjanji akan memberikan sokongan 100% untuk menjayakan projek-projek tersebut. Kami percaya jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita.







Seronok dan bertuahnyaberada di dalam group EMPAYAR MARIA FIRDAUS

*The most happening shaklee group in Malaysia*

#feelingexcited
#groupmariafurdausterbaik


Friday, 16 May 2014

AIR OH AIR

Tentang Air 

 


Assalamualaikum dan hi everyone.

Banyak yang kita tahu pasal air.Jadi hari ni just nak share info tentang air.Ni pasal air kosong/minera tau, bukan teh tarik atau sirap bandung.:) Harap kita dapat banyak manfaat dari info nie ^^


1. Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan utk kesihatan kaum lelaki.

2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. SARAPAN sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah. Dan sarapan MESTI lah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Saya cadangkan makan OAT, tabur kismis secukup rasa dan campur susu low fat. Saya dah amalkan makan sarapan macam tu sejak selepas pantang, alhamdulillah, saya kenyang sampai ke tengahari. Kalau tak suka oat, boleh cuba Kellog's K atau Salad. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.

3. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.

4.Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak
tahu kenapa walaupun tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.

5. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.



6.Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.

7.Minum air untuk menjaga suara

8.Minum air untuk menjaga organ dalaman badan

9.Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Ehem.

10.Minum air untuk mengelakkan mengantuk.

11.Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. Saya faham maksud dia. Sebab kadang-kadang saya minum laju-laju, senak jugak dada.

12.Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi
dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.




13.Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam.
Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.
Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

14.Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini saya rujuk kepada kelemahan saya sendiri ^^" Saya rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi. Merujuk kepada fakta di atas, baru lah saya faham fenomena penggunaan air yassin dan holy water. Ia dengar, rakam dan transfer balik. So peminum memang akan terkena effect-nya.

15. Modal sebenar mesin air Bio-Aura hanyalah RM78. Mereka gunakan psikologi manusia yang tak suka minum air, cerita kan tentang kebaikan mesin tu, pancing dengan harga RM2000. ( saya la yang beli bio aura Rm 2000...emm..pasrah je) Dah beli RM2000 mesti la nak minum air selalu kan. Padahal yang meningkatkan sistem tubuh hanyalah air yang boleh didapati di tempat lain selain mesin tersebut. Ini pun wajar kongsi.

16.Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

17.Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

18. Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari

19. Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.


So itulah cerita tentang Air. Sekian.:)


Jom jeling-jeling tentang supplemen Shaklee

Kulit Cantik~ ( B com, Vitamin C and Vitamin E)

Detox dan Langsing ~ Lecithin & Herb Lax 60's caps dan Energizing Soy protin

sumber: http://redcomelmall.blogspot.com/2011/11/wajib-baca-tentang-air.html?m=1
 
LINA
019-347 4636

Monday, 12 May 2014

IMPIAN SAYA

Assalamualaikum wbt



Ok...hari ni saya nak bercerita menfenai impian,,,impian saya laa...hehe

setiap kita mesti ada impian kan? Terus terang saya katakan yang saya dlu bukanla seorang yg berimpian. Saya tak tau pon macamana nak cipta impian saya sendiri. Pernah bertanya kepada anak bujang saya yang berumur 9 fhn ini..apakah impiannya..mudah saja dia menjawab....malu tak malu?...anak begitu berimpian sedangkan mamanya tak ada impian...mungkin saya yng dulu terlalu menyimpan segala impian dan matlamat saya...sebab bg saya..buat apa nak share dgn org benda yg belum pasti....

Itu dulula...sekarang sejak saya join shaklee dan bergaul dengan orang2 yang berimpian besar...saya mula tersedar betapa IMPIAN tu amat penting utk kita visualisekan...bukan hanya angan2 yang tak tau mana tujuan..GOALS  THAT ARE NOT WRITTEN DOWN ARE JUST WISHES...

Kini saya sudah berani berIMPIAN kerana saya sudah nampak jalan utnk mencapai impian saya..orang kata THINK BIG, DREAM BIG, BELIEVE BIG AND THE RESULTS WILL BE BIG...Jadi jangan takut untuk berimpian yang besar2

Inilah MATLAMAT/IMPIAN SAYA


Apa? nampak mustahilkan...tapi saya YAKIN saya akan mencapainya..SUCCESS OCCURS WHEN YOUR DREAMS GET BIGGER THAN YOUR EXCUSES... Jadi takde alasan untuk BERJAYA



Thursday, 8 May 2014

THE BIGGEST LOSER


WAHH...Nampak tajuk pon dah best...mehla nak pantun sket...

Cabaran ideal weight nama diberi
Utk kami group mfms yg disayangi
Ingin cntek bergaya di hri raya nnti
Itulah matlamat kami disini...

Wahhh...bagus tak???

Diet secara sihat bersama shaklee...

Ade mentor lagi...bg nasihat pemakanan...


saya sahut cabaran langsing menawan di hari raya

lambat lagi raya....sempat nih....semangat mesti ade...baru jadi..hihi

 ikuti perkembangan program diet ni di siniiii.....


Wednesday, 7 May 2014

RUKUN SOLAT




Syarat dan Rukun Sembahyang
 
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
 

Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu sembahyang.





Syarat Sah Sembahyang
 
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
 

Sesudah masuk waktu sembahyang.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.


 

 
Rukun Sembahyang
 
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
 

BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
 
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
 
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
 
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
 
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
 
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
 
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
 
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
 
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
 
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
 
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
 
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
 
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.





 

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
 
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
 

Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
Tertawa Terbahak-bahak.
Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
Berubah Niat.
Mendahulu Imam sampai dua rukun.
Meninggalkan rukun Sembahyang.
 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my