Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan
mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah
satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu
tidaklah sah:-
Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat
Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
Sesudah masuk waktu sembahyang.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah
berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian
sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki).
Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan
muka (perempuan). Berpakaianlah dengan
pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita
akan menyembah Allah.
Rukun
Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh
dengan duduk jika tidak mampu juga boleh
sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat
takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan
Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula
dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90
darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri
betul selepas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH,
duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas
junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah
kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah
kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau
urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang
kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang
dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini
dinamakan sunat.
Perkara
Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika
perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang
membatalkan sembahyang ialah:-
Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk
air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di
dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat
sembahyang.
Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di ***SHAH ALAM***, ***SELANGOR****. (Shaklee ID : 1070112). Cash On Delivery (COD) sekitar SHAH ALAM. Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.
Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:- - Harga Istimewa - Jadual Makan Vitamin - Konsultasi Percuma Berterusan - Jemputan ke group Facebook exclusive - Peluang menjana income dengan Shaklee
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Copyright
Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.
No comments:
Post a Comment