Social Icons

Saturday, 28 June 2014

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah....Alhamdulillah..Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu lagi dengan ramadhan tahun ini..


Saya nak share sikit pasal kelebihan bulan ramadhan ni untuk renungan kita bersama




1.Dibelenggu para syaitan dan jin.


Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”


semoga bermanfaat. :)

Thursday, 26 June 2014

PETUA MENGHALAU LIPAS DI RUMAH

Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati.



Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.



Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda.

Jom ketahuinya!

Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Credit: www.wom.my

Wednesday, 25 June 2014

INFO: VITAMIN C SHAKLEE

JOM KENALI VITAMIN C SHAKLEE


  • Vitamin C pertama yg SEMULAJADI dan bertindak secara 'sustained release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dalam badan untuk membolehkan vitamin c kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.


APAKAH BIOFLAVANOID?


Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :



  • anti-radang
  • anti-alergi
  • anti-virus
  • anti-kanser

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?


  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.




 APAKAH SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C?
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  •  Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam 

 SIAPA PERLUKAN VITAMIN C?
  • Perokok  
  • Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan) 
  • Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan)  
  • Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit   
  • Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan.
  • Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air.   

Lina
SID 1070112
019-3474636
amnalis@yahoo.com








Monday, 16 June 2014

SOLAT TAHAJJUD

Terdapat berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan oleh Rasulullah. Di antara cara-cara nya adalah:-

  • Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hinga sampai tiga kali sembahyang. Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh berkumandangoleh muazzin, baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca doa:



  • Cara yang diterangkan oleh Aishah, iaitu:
"Bahawa Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."
Di dalam riwayat yang lain, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.

Sementara dalam riwayatnya yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.
1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut


2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



3.  Surah selepas Al-Fatihah:

a.      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6.  Doa Solat Sunat Tahajjud



KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


MEMUDAHKAN SOLAT MALAM:


  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: 


 “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   


(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


MOTIVASI PAGI

Motivasi pagi untuk peringatan diri dan renungan semua.

Jadikanlah yang Lembut itu HATI
Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.

Semoga hari kita akan lebih baik dan bermakna dari semalam. Aminn!!!





VIVIX SHAKLEE SI TONIK AJAIB

Assalamualaikum
 
Sudah lama saya nak cerita mengenai abah saya..
 
Abah saya menghidapi kencing manis dan darah tinggi sudah agak lama..bertahun-tahun sudah. Pernah sekali tahun 2011, abah telah dimasukkan ke hospital gara-gara tekanan daarh yang terlalu tinggi. Kesan daripada itu, abah hampir lumpuh dan sebelah badan dan tidak bole menelan makanan. Terpaksa menggunakan tiub untuk memasukkan susu ke dalam badan.
 
Abah saya seorang yang kuat semangat, pelbagai cara, pelbagai ubat, pelbagai petua semua diamalkan sampaikan abah kembali normal dan bole menelan. Memang luar biasa.
 
Namun begitu, darah tinggi dan kencing manis abah tidak juga pulih. Tapi masih terkawal sehingga tahun lepas 2013, kencing manis abah semakin kritikal...tahap glukos dalam darah abah semakin tinggi..bisul2 mula naik ke badan. Ya Allah, kesian saya tengok. Bayangkan kita kene sebiji bisul pon dah sakit, inikan pula berbiji-biji.
 
Masa ni saya baru join dan kenal Shaklee lagi. Saya cuba nak bg abah set kencing manis shaklee tapi doc kata abah tak bole makan pill2 sangat sebab buah pinggang abah dalam pemerhatian. Sedih saya, tak dapat bantu abah.
 
Masa tu saya tekad...bulan depan aku mesti bole belikan abah VIVIX. Aku mesti boleh, aku mesti usaha. Disebabkan push factor yang inilah saya dapat bonus shaklee lebih sikit, lepaslah nak belikan abah VIVIX. Sebab saya tengok banyak testimoni berjaya dengan VIVIX.
 
Sejak mengambil VIVIX, abah nampak makin sihat. Tekanan darah mmg dah ditahap normal, kadar glukos dalam darah abah juga normal. Alhamdulillah. Kalau dulu, tiap2 bualan kene buat check up. Tapi sekarang 3 bulan sekali sahaja. Syukur alhamdulillah, saya tengok abah semakin sihat. Baru nampak berisi sikit badan. Muka pun berseri2 jek. Tulah dia penangan VIVIX. 

 abah saya
 
Alhamdulillah dengan Bonus shaklee juga kini saya boleh belikan abah saya vivix tiap2 bulan. Kini, mak saya pula berkongsi vivix dengan abah.
 
Semoga mak dengan abah saya sihat dan ceria selalu. Sebagai anak memang harapan saya untuk melihat mereka hidup senang, sihat dan ceria selalu.Impian saya dapat menghantar mak ngan abah saya pergi menunaikan Haji suatu hari nanti.

VIVIX TERBAIK




  
Hanya yang terbaik
Lina
019-347 4636
 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my