Social Icons

Friday, 31 October 2014

KELEBIHAN AL-MATSURAT

Kelebihan Al Mathurat


PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.


Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com

Saturday, 18 October 2014

SET MENYUSU SHAKLEE

Assalamualaikum....


Hari ni lina nak share tentang SET MENYUSU SHAKLEE..khas untuk mereka yang sedang mencari produk yang SELAMAT dan SEMULAJADI untuk masalah ssus yang semakin merundum walaupon baru 30 hari berpantang,

Biasanya bila orang tanya tentang Set Penyusuan Shaklee; bersusun senarai supplement yang nak kena makan.

Kadang-kadang sampai stress orang bila tengok banyaknya vitamin yang perlu diambil setiap hari.

Satu lagi soalan famous; “versi bajet ada tak?”…

Saya faham tak semua orang sanggup labur beratus-ratus ringgit untuk 5-6 supplement yang belum tentu dia mampu makan kan?

Tapi buat yang mampu dan sanggup, ofcourse hasilnya pun berbaloi-baloi! Sebab tulah ramai yang memberikan testimoni yang sangat positif selepas mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ini

Set ini teramat sesuai sekiranya anda nak…

Tambah susu badan
Bertenaga sepanjang hari
Tak nak cepat lapar
Susu pekat supaya anak cepat kenyang
Kulit gebu dan menawan

Dengan bajet yang minima, saya suka mengesyorkan  cadangan Set Edisi Bajet spt dalam gambar...



Haa...macam ni baru nampak jelaskan...tapi apa pula fungsi2 setiap vitamin ni...

jangan risau....lina akan terangan satu persatu...




ALFALFA;

Untuk ibu yang menyusukan bayi , alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai. Ada Vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi di mana ia sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Telah terbukti digunakan secara tradisional  untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN 
: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE
  




Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang. Juga membantu untuk kecergasan badan ibu & kecantikan kulit ibu & baby. 

ESP juga membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.

Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!


OSTEMATRIK

Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit badan dan belakang. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah kalsium. Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk bayi. Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. 
Satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.
dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot,,,insyaallah,,,,kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang,,,,
.
sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.

Bila badan segar.tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set 3M....untuk pengetahuan anda! dalam alfalfa juga turut ada kalsium tetapi dalam jumlah yang sedikit.


VITALEA

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

secara kesimpulannya Vitalea ini mambantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan ibu sepanjang tempoh penyusuan.
  
B-COMPLEX



Membantu mengekalkan sistem saraf yang baik kepada bayi
Penting dalam penghasilan hormon, sel darah merah dan penghasilan tenaga oleh sel badan.
Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
Meningkatkan fungsi otak dan mampu membantu mengurangkan tekanan. Tekanan akan buatkan ibu stress seterusnya menghalang penghasilan hormon penyusuan, terutama bila ibu kurang tidur semasa dalam pantang


 SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS

Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh 

Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan anda. Ia digunakan untuk:
o       Membentuk protin penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon,    
         ligamen,dan saluran darah.
o       Menyembuhkan luka dan parut mengandung.
o       Membaiki dan mengekalkan ketahanan rawan, tulang, dan gigi. 

Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan  bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Sebiji SR Vita-C dengan rasa oren dapat menyediakan vitamin C setara 7 buah oren.  Ia ideal bagi ibu yang ingin kelihatan cantik kulitnya selepas bersalin. Siapa suka stretch mark kan? haa





Tips Berjaya di dalam Penyusuan

Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding :
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong.
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa.
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.






Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)
amnalis@yahoo.com


Friday, 17 October 2014

PERBEZAAN SOYA ESP DAN SOYA JENAMA LAIN

Assalamualaikum..




Memandangkan bulan ni Shaklee Malaysia buat promosi best iaitu ESP Buy 6 free 1 (haa boleh lah korang beli stok untuk diri sendiri atau kongsi dengan rakan2),jadi saya nak cerita sikit tentang ESP ni khasnya  perbezaan ESP berbanding jenama lain. Info ni saya dapat dari blog Presidential Master Cery tau...

Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air. Tahukah anda kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses.Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Jadi kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes . Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya. 

Menurut PM Cery, Waktu mula2 beliau membeli ESP kira-kira 6tahun dulu,  takde la check soya shaklee dibasuh dengan air ker ape ke..Lepas ramai kecoh kata soya punca kanser dan segala macam lagi isu panas yang keluar, baru lah PM Cery studi tentang keistimewaan ESP jenama Shaklee.. dan ternyata tak salah pilihannya.. ESP shaklee diperbuat dari soya non-GMO,dicuci dengan air,mengandungi lima vitamin B yang penting, rendah lemak ,bebas laktosa dan kolestrol

Kalau nak tahu lebih lanjut ,bole klik SINI. Dan kalau korang nak  tahu satu lagi fakta best, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein  berasaskan kacang soya. 

Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah  dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an.  Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah  membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein  soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka  panjang..

Haa,shaklee bukan main perah kacang soya tadah dalam bekas2,tempek label, pos kat korang..hihi . tapi ini terbaik tauuu





Ini promosi dari Shaklee Malaysia bulan ini.Klik imej untuk lebih jelas 

Info tambahan


 Isoflavanes - merendah kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser

Genistein- mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopos,
Diadzein - anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopos.


Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)
amnalis@yahoo.com

Sunday, 12 October 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE, FAV. Q&A

Assalamualaikum. ...sihat semua...


Ok..hari ni lina nak share soalan2 yang kerap ditanya utk set bwrpantang shaklee ini....mungkin anda juga mempunyai soalan yang sama.... :)
Jom kita tgk soalan2 nya...



1 ) Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?

Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri.
Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan.

Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan.

Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

2) Cukup ker berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin.

Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan.
Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas.
Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam.
Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

3) Kalau makan Set Pantang Shaklee ada bagi kesan tak dekat baby macam makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam.

Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu lah kan. Kalau makan Shaklee pula? Haa,  ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee.
Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat(sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu (sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap.

Haa, nampak tak bestnya set berpantang Shaklee nie kan?

4) Eh, jangan minum banyak air kosong nanti  rahim kembang

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang.
Fakta atau auta? Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya.

Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badanpun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula susu nak keluarkan?

Cuba konsisten kan diri minum 8 gelas atau 2L dalam satu masa. Minum sekerap yang mungkin dari pagi sampai malam. Tak payah risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang.
Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.

5) Bukan 40 hari boleh guna, tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan.

Wow..! Berbaloi sungguh. Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja.
Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Dah dapat pakej 2 in 1 gitu. Set Berpantang + Set Penyusuan. 

Kalau yang ada bajet besar dan terlebih boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus. Memang penjimat super hebat..!!

Tak perlu sibuk-sibuk nak cari produk lain untuk turunkan berat badan dan tambah susu. Hehe…

6) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan bam bam.. Ibu kurus dan cantik

Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya.

Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya.

Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga.Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan.

Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai. Nanti dengar lah ayat-ayat yang buat ibu rasa kembang. Contohnya”Comeinya baby nihhhh….” “Geraammmnya tengok pipi bam bam tuuu”

Jadi...buatlah pilihan yang TEPAT...

info lanjut mengenai set berpantang shaklee bole rujuk di sini 



Hanya yang terbaik untukmu

Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)

amnalis@yahoo.com

Friday, 10 October 2014

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.




Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk
waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.


1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala
anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.


4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu
Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya
memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip
hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah
kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah.
Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..
bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi
Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****


Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham
mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.


Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.




RESEPI MARVELLOUS ESP

Assalamualaikum uolsss



Ok. Hari ni lina dapat resepi2 ni utk dikongsi bersama anda semua. Credit to Master Nur Zahirah yang berkongsi resepi ni…nampak sedap dan menyelerakan. Takde lah rasa muak, bosan dengan cara minum yang sama jekan. 
Almaklumlah..bulan ni kan promo esp beli 6 percuma 1..percuma keahlian seumur hidup toqq...hehe...dapat cash bonus lagi tu...shaklee debitkan ke akaun anda nanti,...best ke idak???
Ok, saya kongsikan 15 resepi ESP yang sangat istimewa dan eksklusif ni ye.
1.       


ESP dikisar bersama biskut oreo (jadi macam coolblog hehee. pergh sangat sedap dan creamy. meleleh…)

2.      


ESP dikisar bersama buah kurma dan kismis (ni makanan sunnah tau. bagi tenaga lagi bertahan lama)

3.      


ESP dikisar bersama buah kurma dan madu (ni makanan sunnah tau. bagi tenaga lagi bertahan lama...menggebukan kulit lagi...serius ni..tak tipu...)

4.       


ESP dikisar dengan buah strawberi (rasa sangat eksklusif!)

5.       


ESP dikisar bersama mealshakes dan kolagen Shaklee, vivix serta coklat ovaltine (ni kecantikan berganda-ganda ni dapat)

6.     


ESP dikisar bersama biskut chipsmore (ESP nanti akan lebih rasa macam pekat dan penuh coklat. saya suka sangat!)

7.       


      ESP digoncang bersama dutch lady strawberi atau coklat (ni sedap sangat tau)

8.       


 ESP dicampur bersama yogurt sahaja atau dengan buah-buahan dan dikisar (ni ada rasa ESP        masam-masam sikit sebab ada yogurt kan)

9.       


ESP dicampur bersama buah anggur dan vivix shaklee (ni ESP jadi color ungu. Rasa dia best. Bau anggur. Pastu ada anggur kan kecik-kecik dalam tu. Makin cantik penggemarnya)

10.   


ESP dicampur bersama Cinch shake Shaklee bagi yang ingin diet

11.   


ESP bersama Performance Drink ESP dan buah oren diblend ( rasa sangat fresh dan hari sungguh indah. betolll.hehe)

12.   


ESP bersama jus oren tropicana (atau apa-apa jus lah yang disukai)

13.   


ESP bersama Fresh milk

14.   


ESP bersama susu anmum atau mana-mana susu yang ibu-ibu mahupon bakal-bakal ibu ambil

15.   


ESP direndam bersama biskut wheetmeal. (Pergh, saya suka..jadi macam ESP diminum bersama serat tau..lagi lama tahan kenyangnya)

Tips tambahan:

Saya suka gunakan blender dan blend dengan 15 resepi ESP sangat istimewa ini sebab ESP yang diminum ini lebih mewah dengan buih dan sangat lembut berbanding hanya goncang atau kacau.

Lagi tips tambahan:

Bancuhan ini hanya gunakan air suhu bilik, atau air suam-suam kuku atau pon ais je. Kerana protin mati pada suhu panas.


Ok, selamat mencuba.


Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)
amnalis@yahoo.com

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my