Social Icons

Saturday, 18 October 2014

SET MENYUSU SHAKLEE

Assalamualaikum....


Hari ni lina nak share tentang SET MENYUSU SHAKLEE..khas untuk mereka yang sedang mencari produk yang SELAMAT dan SEMULAJADI untuk masalah ssus yang semakin merundum walaupon baru 30 hari berpantang,

Biasanya bila orang tanya tentang Set Penyusuan Shaklee; bersusun senarai supplement yang nak kena makan.

Kadang-kadang sampai stress orang bila tengok banyaknya vitamin yang perlu diambil setiap hari.

Satu lagi soalan famous; “versi bajet ada tak?”…

Saya faham tak semua orang sanggup labur beratus-ratus ringgit untuk 5-6 supplement yang belum tentu dia mampu makan kan?

Tapi buat yang mampu dan sanggup, ofcourse hasilnya pun berbaloi-baloi! Sebab tulah ramai yang memberikan testimoni yang sangat positif selepas mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ini

Set ini teramat sesuai sekiranya anda nak…

Tambah susu badan
Bertenaga sepanjang hari
Tak nak cepat lapar
Susu pekat supaya anak cepat kenyang
Kulit gebu dan menawan

Dengan bajet yang minima, saya suka mengesyorkan  cadangan Set Edisi Bajet spt dalam gambar...



Haa...macam ni baru nampak jelaskan...tapi apa pula fungsi2 setiap vitamin ni...

jangan risau....lina akan terangan satu persatu...




ALFALFA;

Untuk ibu yang menyusukan bayi , alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai. Ada Vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi di mana ia sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Telah terbukti digunakan secara tradisional  untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN 
: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE
  




Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang. Juga membantu untuk kecergasan badan ibu & kecantikan kulit ibu & baby. 

ESP juga membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.

Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!


OSTEMATRIK

Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit badan dan belakang. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah kalsium. Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk bayi. Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. 
Satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.
dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot,,,insyaallah,,,,kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang,,,,
.
sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.

Bila badan segar.tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set 3M....untuk pengetahuan anda! dalam alfalfa juga turut ada kalsium tetapi dalam jumlah yang sedikit.


VITALEA

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

secara kesimpulannya Vitalea ini mambantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan ibu sepanjang tempoh penyusuan.
  
B-COMPLEX



Membantu mengekalkan sistem saraf yang baik kepada bayi
Penting dalam penghasilan hormon, sel darah merah dan penghasilan tenaga oleh sel badan.
Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
Meningkatkan fungsi otak dan mampu membantu mengurangkan tekanan. Tekanan akan buatkan ibu stress seterusnya menghalang penghasilan hormon penyusuan, terutama bila ibu kurang tidur semasa dalam pantang


 SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS

Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh 

Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan anda. Ia digunakan untuk:
o       Membentuk protin penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon,    
         ligamen,dan saluran darah.
o       Menyembuhkan luka dan parut mengandung.
o       Membaiki dan mengekalkan ketahanan rawan, tulang, dan gigi. 

Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan  bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Sebiji SR Vita-C dengan rasa oren dapat menyediakan vitamin C setara 7 buah oren.  Ia ideal bagi ibu yang ingin kelihatan cantik kulitnya selepas bersalin. Siapa suka stretch mark kan? haa





Tips Berjaya di dalam Penyusuan

Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding :
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong.
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa.
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.






Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)
amnalis@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my