Social Icons

Sunday, 12 October 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE, FAV. Q&A

Assalamualaikum. ...sihat semua...


Ok..hari ni lina nak share soalan2 yang kerap ditanya utk set bwrpantang shaklee ini....mungkin anda juga mempunyai soalan yang sama.... :)
Jom kita tgk soalan2 nya...



1 ) Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?

Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri.
Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan.

Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan.

Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

2) Cukup ker berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin.

Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan.
Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas.
Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam.
Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

3) Kalau makan Set Pantang Shaklee ada bagi kesan tak dekat baby macam makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam.

Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu lah kan. Kalau makan Shaklee pula? Haa,  ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee.
Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat(sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu (sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap.

Haa, nampak tak bestnya set berpantang Shaklee nie kan?

4) Eh, jangan minum banyak air kosong nanti  rahim kembang

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang.
Fakta atau auta? Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya.

Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badanpun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula susu nak keluarkan?

Cuba konsisten kan diri minum 8 gelas atau 2L dalam satu masa. Minum sekerap yang mungkin dari pagi sampai malam. Tak payah risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang.
Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.

5) Bukan 40 hari boleh guna, tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan.

Wow..! Berbaloi sungguh. Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja.
Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Dah dapat pakej 2 in 1 gitu. Set Berpantang + Set Penyusuan. 

Kalau yang ada bajet besar dan terlebih boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus. Memang penjimat super hebat..!!

Tak perlu sibuk-sibuk nak cari produk lain untuk turunkan berat badan dan tambah susu. Hehe…

6) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan bam bam.. Ibu kurus dan cantik

Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya.

Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya.

Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga.Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan.

Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai. Nanti dengar lah ayat-ayat yang buat ibu rasa kembang. Contohnya”Comeinya baby nihhhh….” “Geraammmnya tengok pipi bam bam tuuu”

Jadi...buatlah pilihan yang TEPAT...

info lanjut mengenai set berpantang shaklee bole rujuk di sini 



Hanya yang terbaik untukmu

Hubungi Lina untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LINA
Shaklee ID : 1070112
019 347 4636 (Call, SMS, WhatsApp)

amnalis@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my