Social Icons

Wednesday 15 January 2014

DIET OH DIET

Assalamualaikum wbt

KURUS...bila sebut je kurus..semua orang nak kurus...nak slim...nak diet..nak maintain...

Nak tukar menu makan memangla susah. Tekak dah terbiasa makan masak lemak,ayam goreng, red velvet pastu kene switch makan, rebus2, panggang, sayur2 yang jarang2 nak  sentuh pun. Memang dugaan besar.

Perut kite bile dah biasa isi dengan muatan makanan yang banyak, tibe2 kite cut dos makanan yang kite amik, so dalam perut masih ade ruang untuk diisi n hasilnye kite akan lapar yang amattt n perut kite pun duk menyanyila lagu dangdut bagai minta diisi...

So untuk biasakan diri dan perut kite dengan kuantiti makanan yang kecil @ sedikit so mesti kene banyak sabar, kalo lapar tak tahan sangat minum air masak banyak2 dan fikiran kite tu jangan dok fikir pasal makanan sangat.
Ini tidak dalam otak tu macam2 gambar makanan ade,nasik lemak sambal sotong, roti canai, kari ikan, sambal belacan, gulai lemak nangka, ayam goreng rempah, cendol, teh ais, kek resipi rahsia, spegeti Bolognese, kabonara, chatime, coklat  aduihh banyaknye.. ha macam2la.....
 

Yang paling best tu...bila teringat nak makan tu,,terus terbayang2 makanan tu...sampai terbau2...terasa2...hahahah...tengok..betapa tersiksanya nak kurus nihhh

Baiklah, sekarang kita sambung cerita tentang diet. Macam-macam produk kurus yang menjanjikan saiz badan S hanya selepas 3 bulan menggunakannya. Penurunan purata 10kg sebulan  atau lebih bergantung pada saiz asal anda.

Zaman sekarang semua benda nak cepat je, fast food, fast service, fast delivery, fast action, fast result. Lagi cepat sesuatu produk kurus tu boleh turunkan berat maka kite akan nampak produk tu sangat bagus, berkesan, cepat.

Sahabat-sahabat suka saya nak ingatkan kita ni manusia, semua yang ade ditubuh kita ni adalah sel-sel hidup (ciptaan Allah), bukan automatik (ciptaan manusia).

Badan manusia yang kompleks memerlukan masa untuk menerima, mengolah, mengadaptasi  sesuatu yang baru diterima.
Macam  tu jugakla lemak-lemak yang berada dalam 'comfort zone' dalam badan kita. ‘Aman itu Racun’ selesa buatkan kite malas untuk berusaha menjadi lebih kurus, okla badan macam ni, kalau diet-diet asyik kene perli je, susahla pantang makan,sedap makan  ni, macammana nak kawal!

Kadangkala lemak-lemak dibadan kita susah nak susut sebab badan kita kaya dengan toksin. Toksin disimpan dalam sel-sel lemak. Dan badan kita tidak membenarkan sel-sel lemak tersebut hilang sebagai salah satu cara melindungi toksin tersebut..Ya Allah, macammane ni??

TO BE CONTINUE

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my