Social Icons

Friday, 17 January 2014

SET SLIMMING SHAKLEE

Assalamualaikum wbt

Hai semua...siapa azam tahun baru 2014 ni nak kuruskan badan???
Tapi untuk menurunkan berat ke tahap yang ideal bukanla sesuatu yang mudah...sbb komitment yang tinggi amat2 diperlukan untuk mendapat hasil yang diidamkan. 

Pengambilan supplement boleh membantu anda menjalankan misi anda. Akan tetapi cara pemakanan yang betul juga mempengaruhi hasilnya.  Dalam entri sebelum ni saya ada cerita kesilapan2 diet  yang bole anda ambil sebagai panduan. Cuba KLIK SINI . Pengambilan makanan sihat juga bole rujuk SINI.

Ada yang bertanya kepada saya, set slimming shapklee ni betul2 berkesan ke??? Ha..ni nak bagitau....produk shaklee bukan ubat yang yang bole otomatik wat korang kurus...bukan saja shaklee tapi apa juga supplement yang lain..jika pemakanan tak dijaga, kesannya memang menghampakan.

SET SLIMMING SHAKLEE berdasarkan kepada konsep 3B...BUANG..BAKAR dan BINA.



BASIC COURSE
Detox : Herb-lax / Alfalfa
Emulsi & Pembakaran Lemak : Lecithin / Omegaguard
Protein : Cinch Shake / ESP


DETOXIFICATION- BUANG

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

HERBLAX berfungsi membersihkan usus daripada najis yang tersekat dan membantu masalah sembelit.
Herblax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Jadi cara pemakanan perlu diubahsuai untuk ibu menyusu. 2-3 kali seminggu. Lebih baik ambil ALFAFA untuk ibu menyusu.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya kerana berat badan pasti akan naik kembali.





EMULSI & PEMBAKARAN LEMAK 

LECITHIN yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.
Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive. Jadi kita perlukan detox product seperti Herblax atau Alfafa untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya memecahkan lemak yang kita makan sewaktu itu.

OMEGAGUARD pula membantu untuk 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membrane. Omegaguard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi fish oil membantu pembakaran lemak termendap. Jadi adalah paling terbaik jika Lecithin dan Omega digabungkan.

Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak?

• Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.
• Omega 3 berfungsi menghalang pembentukan lemak - maka ia meningkatkan metabolism dan membakar lemak
• Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
• Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam
• Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang – jadi boleh control selera makan.
• Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Bila tahap insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku. Insulinrendah juga membantu mengawal gula. Maka gula/karbo tidak menjadi lemak.





KEPENTINGAN PROTEIN - BINA

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar
kalori sampai sebanyak 35%. Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu (susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam.

Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby (menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

CINCH SHAKE adalah serbuk protin yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Cinch juga berfungsi sebagai meal replacement.

Cinch Shake membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang, dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh. Jadi hanya lemak2 yang dibakar. Bukan memusnahkan otot2 kita. So bila anda dah kurus nanti, takdelah kulit2 dan otot menggeleber sebab otot terpelihara.

ESP (Energizing Soy Protein) lebih sesuai untuk ibu menyusu berbanding Cinch Shake sebab kalori Cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan bayi yang menyusu.




Gabungan ketiga-tiga element ini sangat penting untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan. Ditambah pula dengan pemakanan yang seimbang dan cara diet yang betil akan mempercepatkan lagi proses penurunan.

Pilihan ditangan anda, kami sediakan beberapa set cadangan mengikut bajet anda.

set cadangan untuk semua


set cadangan untuk ibu menyusu


TIPS DIET 

(1) Ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari. Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape-on semasa stagnant period.
(4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN menjadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari.
(5) JANGAN SKIP MEAL. Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”.
(6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7) AIR KOSONG. 25kg bersamaan 1LITER.
(8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk. Kalau lapar, tambah lauk dan sayur, bukan tambah nasi.
(9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits. Senang cakap benda berkhasiat sahaja.
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert. Ia akan membantu kita cepat kenyang dan kurangkan pengambilan makanan.


No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my